https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH015_1563755864jpeg

DAURAH KITAB BERSAMA DR LUQMANUL HAKIM

ALHAMDULILLAH. DAURAH KITAB 40 HADITH MENGENAI FAEDAH MENCINTAI DAN BERSAHABAT DENGAN ORANG SOLEH PIMPINAN DR. LUQMANUL HAKIM AL-AZHARI (PHD HADITH UNIVERSITI AL-AZHAR)

BERKATA IMAM SYAFI'I, “AKU MENYINTAI ORANG SOLEH WALAUPUN AKU BUKAN DARI GOLONGAN MEREKA NAMUN DENGAN MENYINTAI MEREKA, AKU BERHARAP MENDAPAT SYAFAAT"

SEMOGA KITA TERUS DIBERIKAN RUANG DAPAT BERKUMPUL BERSAMA DENGAN SAHABAT SOLEH.

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH001_1563622758jpeg

MAJLIS TA’LIM

 RAUDHATUL MUHIBBIN AL-FILFILANIYYAH 

PROGRAM² 'ILMIAH YANG DIBAWAKAN KHAS OLEH MAJLIS TA'LIM PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG

📌 MAJLIS DAURAH KITAB 📌
KLIK DISINI

PIMPINAN: AL-FADHIL USTAZ DR. LUKMANUL HAKIM AL-AZHARI حفظه الله
KITAB: 40 HADIS MENGENAI FAEDAH MENCINTAI & BERSAHABAT DENGAN ORANG SOLEH
TARIKH: 21 JULAI 2019, HARI AHAD
MASA: 9.00 PAGI - 12.30 TENGAH HARI
TEMPAT: RAUDHAH AL-FILFILANIYYAH, PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG, POKOK MACHANG, TASEK GELUGOR, PULAU PINANG (BERSEBELAHAN MASJID JAMEK POKOK MACHANG)

INSYAALLAH KEPADA PARA MUHIBBIN YANG DAHAGAKAN ILMU, JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK HADIR KE MAJLIS DAURAH KITAB INI.. MOHON SHARE & VIRALKAN SEBANYAK YANG MUNGKIN.. JAZAKUMULLAH KHAIRAN KATSIRAN..

سلسلة الحديثية الفلفلانية

📲 JOM SUBSCRIBE TELEGRAM CHANNEL
@MAJLISTAALIMPPDHPP
MAJLISTAALIMPPDHPP

📲 LIKE & SHARE PAGE USTAZ HANIF HARON
FACEBOOK.USTAZ.HANIF.HARON

📲 LIKE & SHARE PAGE YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH
YAYASANDARULHADISALFILFILANIYYAH

📲 LIKE & SHARE PAGE PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG
FACEBOOK/:-PPDHPP

📲 LIKE & SHARE PAGE MAJLIS TA'LIM DARUL HADIS PULAU PINANG
FACEBOOK MTDHPP

#MAJLISTAALIMPPDHPP
#MISIDANAPEMBANGUNANPPDHPP
#YAYASANDARULHADISALFILFILANIYYAH

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH015_1563530548jpeg

PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA PROGRAM DAKWAH UMMAH 7.0

SEKITAR MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN BERJUMLAH RM1,200.00 DARIPADA YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH KEPADA UNIVERSITI-UNIVERSITI AWAM DAN SWASTA NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR SEMPENA PROGRAM UMMAH 7.0.

PROGRAM TERSEBUT MERUPAKAN SEBUAH PROGRAM INFAK BAGI MEMBELI POKOK BELIMBING BULUH UNTUK DITANAM DI KAWASAN-KAWASAN TERPILIH DALAM NEGERI PAHANG.

  • MAJLIS PENYERAHAN DIADAKAN DI HOTEL BERJAYA WATERFRONT, JOHOR BAHRU, JOHOR DAN SUMBANGAN DISERAHKAN KEPADA USTAZ RUSLI ABDUL RONI SELAKU WAKIL SEKRETARIAT PROGRAM YANG JUGA MERUPAKAN PENSYARAH UNIVERSITI TENAGA NASIONAL, KAMPUS MUADZAM SHAH, PAHANG.
  • PENYERAHAN TERSEBUT YANG DIWAKILI OLEH EN SAUFEE
LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH001_1563340983jpeg

KENALI TOKOH PENASIHAT PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG

BIODATA RINGKAS DATO’ SERI TUAN GURU HAJI HASSAN BIN HAJI AHMAD

 

BELIAU DILAHIRKAN PADA TANGGAL 10 OKTOBER 1942 DI PERMATANG SUNGAI DUA, KEPALA BATAS, SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG.

BELIAU PERNAH MENUNTUT ILMU SECARA TRADISIONAL DI INSTITUSI YANG TERKENAL SUATU MASA DAHULU IAITU DI PONDOK PAK CHU HIM, GAJAH MATI, KEDAH SEBELUM MELANJUTKAN PENGAJIAN BELIAU SECARA AKADEMIK PERINGKAT SARJANA MUDA DI YAYASAN PENGAJIAN TINGGI ISLAM KELANTAN (YPTIK) NILAM PURI, KELANTAN, DALAM BIDANG SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG (1969-1973). SETERUSNYA BELIAU MENYAMBUNG KE PERINGKAT SARJANA (M.A) DALAM BIDANG YANG SAMA PENGKHUSUSAN DALAM USUL FIQH DI UNIVERSITI AL-AZHAR MESIR (1973-1975).

 ANTARA SUMBANGAN DAN KERJAYA BELIAU :

  1. PENSYARAH FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG YPTIK, NILAM PURI, KELANTAN (1977-1981).
  2. PENSYARAH BAHAGIAN SYARIAH, AKADEMI PENGAJIAN ISLAM, UNIVERSITI MALAYA (1981-1997).
  3. AHLI JAWATANKUASA FATWA NEGERI SELANGOR (1981-1997).
  4. AHLI MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU PERAK(1981-1997).
  5. TIMBALAN DEKAN, FAKULTI SYARIAH, AKADEMI PENGAJIAN ISLAM DAN AHLI SENAT, UNIVERSITI MALAYA (1990-1991).
  6. PENGELOLA UNIT PENGAJIAN AWAM, AKADEMI PENGAJIAN ISLAM, UNIVERSITI MALAYA (1990-1991).
  7. DEKAN FAKULTI SYARIAH, UNIVERSITI MALAYA (1991-1992).
  8. MAJLIS PENASIHAT SYARIAH BANK NEGARA MALAYSIA (1997-2016).
  9. MUFTI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG (1997-2014).
  10. PENGASAS YAYASAN DARUL HADIS AL-FILFILANIYYAH (2018).
  11. PENASIHAT KEHORMAT PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (2015- SEKARANG).

 

KURNIAAN DAN ANUGERAH

  1. PADUKA MAHKOTA PERAK (P.M.P). TAHUN 1995.
  2. DARJAH SETIA PANGKUAN NEGERI PULAU PINANG, (D.S.P.N) YANG MEMBAWA GELARAN DATO’. TAHUN 1999
  3. PANGLIMA JASA NEGARA, P.J.N. TAHUN 2008.
  4. DARJAH GEMILANG PANGKUAN NEGERI (D.G.P.N) YANG MEMBAWA GELARAN DATO’ SERI. TAHUN 2011.
  5. PENERIMA ANUGERAH MAULIDUR RASUL PERINGKAT KEBANGSAAN PADA TAHUN 1433H DARIPADA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG. PADA TAHUN 2012.
  6. PENERIMA ANUGERAH TOKOH MAAL HIJRAH 1436H PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG. PADA TAHUN 2014.

INI ADALAH SEBAHAGIAN KECIL BIODATA DARI INSAN YANG HEBAT INI. TERLALU BANYAK SEBENARNYA PENCAPAIAN JUGA SUMBANGAN YANG TELAH DILAKUKAN DISEPANJANG HIDUP BELIAU DAN SAMPAI SEKARANG YANG TIDAK MAMPU DITULISKAN SEMUA DALAM RUANGAN INI.

SEMOGA DENGAN SEDIKIT PERKONGSIAN YANG KAMI BERIKAN INI DAPAT MENJADI PEMANGKIN SEMANGAT KEPADA SEMUA GOLONGAN KHUSUSNYA BUAT ANAK MUDA SUPAYA MENJADIKAN TOKOH YANG HEBAT INI SEBAGAI IDOLA DAN MENJADI CONTOH TELADAN YANG BAIK UNTUK DIIKUTI.

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH015_1563249290jpeg

DAURAH KITAB BERSAMA DR LUKMANUL HAKIM AL AZHARI

MAJLIS TA’LIM PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG AKAN MENGANJURKAN DAURAH KITAB BERSAMA AL-FADHIL DR LUKMANUL HAKIM AL-AZHARI PADA HARI AHAD, 21 JULAI 2019. MAJLIS AKAN BERMULA SEAWAL JAM 9 PAGI SEHINGGA JAM 12.30 TENGAHARI. 

PIHAK KAMI SANGAT MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN SEMUA KE DALAM MAJLIS ILMU INI. SEMOGA DENGAN KEHADIRAN SEMUA AKAN MEMBAWA KEBERKATAN DAN RAHMAT KEPADA PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG.

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_Root_1563083498.jpg

JOM MENYUMBANG SAMBIL BERAMAL

PROJEK PEMBESARAN PEJABAT PENGURUSAN DAN BANGUNAN AKADEMIK (3 TINGKAT) UNTUK PELAJAR SEDANG GIAT DILAKUKAN DI PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG..INI ADALAH KERANA PEJABAT DAN RUANGAN BELAJAR YANG SEDIA ADA SUDAH TIDAK BOLEH MENAMPUNG STAF YANG MAKIN BERTAMBAH & PELAJAR BAGI SESI BAHARU 2020 YANG AKAN DATANG.ANGGARAN KOS TINGKAT BAWAH INI ADALAH SEBANYAK RM500K.. KAMI TELAH MEMBAYAR KEPADA KONTRAKTOR SEBANYAK RM200K

BERBAKI SEBANYAK RM300K LAGI..SEMOGA ADA DIKALANGAN PENYUMBANG YANG PEMURAH UNTUK SAMA-SAMA MEMBANTU MENJAYAKAN MISI INI..

SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KEPADA AKAUN SEPERTI BERIKUT :

1. BANK ISLAM 07043011037033 (ZAKAT)
07043011039603 (WAKAF)
2. CIMB ISLAMIC 8602203376
3. MAYBANK 557410514185
4. BANK RAKYAT 111221000202

SEMUA AKAUN ATAS NAMA :
"PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG"

MOHON DISEBAR-SEBARKAN

#RM10SEORANG
#MISIDANAPEMBANGUNANPPDHPP
#RM500K

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_Root_1563083214.jpg

JOM MEMBELI SAMBIL MENDERMA RM10

SILSILAH AL HADISIYYAH AL FILFILANIYYAH.ALHAMDULILLAH HASIL SAMBUTAN YANG SANGAT MENGGALAKKAN DARI PENGGEMAR DAN PENCINTA HADIS, KAMI TELAH KELUARKAN 50 HADIS PILIHAN (AMALAN RINGKAS GANJARAN BERGANDA) ULANG CETAK SIRI 1 & CETAKAN BAHARU SIRI KE 2. SINOPSIS BUKU INI MEMUATKAN HIMPUNAN HADIS-HADIS YANG AMALANNYA RINGKAS TETAPI GANJARANNYA SANGAT LUMAYAN DISISI ALLAH S.W.T

SAYA MEWAKILI PIHAK YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH MENGUCAPKAN SEKALUNG TAHNIAH KEPADA AL-FADHIL DR AHMAD MAJDI YUSOFF SEBAGAI TIMBALAN PENGERUSI YAYSAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH, ATAS USAHA BELIAU MENGHIMPUN, MENTERJEMAH & MENGHURAIKAN HADIS-HADIS INI UNTUK TATAPAN DAN AMALAN KEPADA UMMAT INI.

SEMOGA BERMANFAAT DAN MENJADI SEBAHAGIAN YANG MENGHIDUPKAN SUNNAH NABI S.A.W.

JOM MEMBELI SAMBIL MENDERMA RM10 SAHAJA

USTAZ MOHAMAD HANIF HARON
PENGERUSI YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH,
MUDIR AM PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG.

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_Root_1563083072.jpg

PROGRAM KONGSI REZEKI PERINGKAT YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH

SEMPENA RAMADAN PADA TAHUN INI PIHAK YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH TELAH MEMPERUNTUKKAN SEJUMLAH 100 HAMPER BARANG KEPERLUAN ASAS DALAM PROGRAM KONGSI REZEKI KEPADA MEREKA YANG MEMERLUKAN. 50 HAMPER TELAH DIKHUSUSKAN KEPADA GURU-GURU PASTI YANG TERPILIH SELURUH PULAU PINANG. SEMOGA DENGAN PEMBERIAN YANG TIDAK SEBERAPA INI DAPAT MERINGANKAN BEBAN SEKELUARGA SEMPENA MENYAMBUT KEDATANGAN SYAWAL NANTI. TERIMA KASIH KEPADA SDR. ZAHAREEN ABD KADIR ( PENGARAH PASTI PULAU PINANG ) DAN USTAZ ABD RAZIB ABD RAHIM (TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS PULAU PINANG) DIATAS KERJASAMA YANG TELAH DIBERIKAN DAN SUDI HADIR BAGI MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS PENYERAHAN HAMPER INI KEPADA GURU-GURU PASTI YANG TERPILIH.

DOAKAN KEPADA KAMI YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH AKAN TERUS MAJU JAYA DAN TERUS MEMBERIKAN KEBAJIKAN UNTUK MEMARTABATKAN PENDIDIKAN DEMI KEPENTINGAN AGAMA ISLAM.

USTAZ MOHAMAD HANIF HARON
PENGERUSI,
YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_Root_1563082474.jpg

USROH BULANAN BERSAMA KAKITANGAN PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG

HARI INI MEMBIMBING USROH BULANAN BERSAMA KAKITANGAN PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG DENGAN MENGGUNAKAN KITAB AR-RASUL AL-MUALLIM KARANGAN AS-SYEIKH ABU FATTAH ABU GHUDDAH. INILAH NADI KEKUATAN YANG TERUS DIPUPUK KEPADA WARGA DARUL HADIS SEMOGA TERUS ISTIQAMAH MEWAKAFKAN DIRI DALAM SEKTOR PENDIDIKAN DALAM MISI MELAHIRKAN ULAMAK PEWARIS NABI. SEMOGA KITA SEMUA DIANUGERAHKAN ISTIQAMAH DI JALANNYA INSYAALLAH.

LAGI

Page 9 of 9