https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH001_1568705710jpeg

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI 2020

PENDAFTARAN KINI TELAH DIBUKA

 

PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR BARU TAHFIZ SEPENUH MASA PUSAT PEMGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG SESI 2020 KINI DIBUKA.

 

SYARAT KEMASUKAN:

1. LELAKI

2. BERUMUR 9 TAHUN

3. BERAKHLAK BAIK DAN MAMPU MENGIKUTI PERATURAN MADRASAH

4. BOLEH MEMBACA AL-QURAN DENGAN LANCAR

5. BOLEH MEMBACA TULISAN JAWI

6. MEMPUNYAI POTENSI UNTUK MENGHAFAL AYAT-AYAT AL-QURAN

7. MEMPUNYAI MINAT UNTUK MEMASUKI PENGAJIAN TAHFIZ.

8. LULUS TEMUDUGA

 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA 30 SEPTEMBER 2019.

 

BORANG BOLEH DIMUAT TURUN DI PAUTAN YANG BERIKUT:

KLIK DISINI

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH015_1568707582jpeg

WAKAF PEMBANGUNAN

JOM LAKUKAN INVESTMENT UNTUK SAHAM AKHIRAT DENGAN HANYA SERENDAH RM10

PROJEK PEMBANGUNAN TERKINI ADALAH MEMBINA BANGUNAN TAMBAHAN AKADEMIK DAN ASRAMA PELAJAR. SEMOGA SEGALA PERANCANGAN YANG DILAKUKAN INI BERJAYA INSYAALLAH

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH015_1567124616jpeg

MAJLIS PENYERAHAN WAKAF KITAB

 

MAJLIS PENYERAHAN KITAB RIYADUSSOLIHIN MIN KALAM SAYYIDIL MURSALIN BAGI IMAM AN-NAWAWI KEPADA PELAJAR & GURU PONDOK SG BAYOR, SELAMA, PERAK.

TARIKH : 29/8/2019 (KHAMIS)
MASA : 10AM - 11.30AM
TEMPAT : PONDOK SG BAYOR, SELAMA, PERAK

ALHAMDULILLAH HASIL SUMBANGAN WAQAF ORANG RAMAI KEPADA YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH, HARI INI PELAJAR-PELAJAR PONDOK SG BAYOR MENDAPAT MANFAAT MENERIMA 110 BUAH KITAB RIYADUSSOLIHIN...

MAJLIS PENYERAHAN INI TELAH DIHADIRI OLEH CEO YAYASAN DARUL HADIS (YDHPP), USTAZ MUHAMMAD FAWWAZ MOHD JAN, PENGERUSI YDHPP, UST HANIF HARON, MUDIR PONDOK SG BAYOR, UST YUSRI BIN ABDULLAH DAN GURU-GURU SERTA PELAJAR-PELAJAR PONDOK.

"UST INGIN BERPESAN 2 PERKARA IAITU MANFAATKAN KITAB INI SEBAIK YG MUNGKIN DAN JAGA DENGAN BAIK KERANA IA ADALAH HASIL SUMBANGAN WAQAF ORANG RAMAI", PESANAN CEO YDHPP, UST FAWWAZ KETIKA MAJLIS.

MELALUI UCAPAN PENGERUSI YDHPP, UST HANIF BERHARAP DENGAN TERTUBUHNYA YAYASAN INI, IA AKAN MEMBERI MANFAAT KEPADA PELAJAR-PELAJAR PONDOK & MASYARAKAT YANG LAIN SAMA ADA DALAM BIDANG PENDIDIKAN MAHUPUN KEBAJIKAN.

PIHAK YDHPP INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PENYUMBANG-PENYUMBANG YANG TELAH MEMBERI SUMBANGAN DALAM BENTUK WAQAF KITAB & BERHARAP AGAR DAPAT TERUS MEMBERI SUMBANGAN DEMI MEMBANTU MASYARAKAT YANG MEMERLUKAN.

SUMBANGAN BOLEH DILAKUKAN KE ATAS AKAUN YANG TERTERA ATAS NAMA YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH

BANK ISLAM
07043011051947

MAYBANK
557250065203

#YDHPP
#RM10SEORANG

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH015_1565845911jpeg

INVESTMENT AKHIRAT

TENGAH MENCARI PELUANG DERMA SEKOLAH TAHFIZ? INGIN MEMBUAT INVESTMENT AKHIRAT?

KAMI ADA BERITA BAIK UNTUK ANDA

 

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SAYA UCAPKAN BUAT SEMUA, SAYA USTAZ HANIF HARON, MUDIR AM PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP) SAYA DI SINI NAK KONGSIKAN SATU PROJEK UNTUK KITA SEMUA. PROJEK WAQAF YANG TERKINI IAITU “PEMBESARAN PEJABAT PENGURUSAN & BANGUNAN AKADEMIK (3 TINGKAT), YANG BERNILAI RM500 RIBU. INI PELUANG UNTUK SEMUA PARA DERMAWAN UNTUK MEMBUAT INVESTMENT AKHIRAT.

UNTUK MAKLUMAT SEMUA, PROJEK INI SEDANG DALAM PEMBINAAN DAN DIJANGKA SIAP PADA PENGHUJUNG TAHUN INI. SEIRING DENGAN MISI PENUBUHAN SEKOLAH INI IAITU ’MELAHIRKAN ULAMA’ PEWARIS NABI”, MOGA-MOGA IA DAPAT DIREALISASIKAN BAGI MENERAJUI TAMPUK KEMPIMPINAN PADA MASA HADAPAN, INSHAA ALLAH.

BERIKUT ADALAH SENARAI AKAUN YANG KAMI SEDIAKAN BAGI MEMUDAHKAN URUSAN ANDA:

 

BANK ISLAM    07043011037033 (ZAKAT)

                       07043011039603 (WAKAF)

 

CIMB ISLAMIC  8602203376 (WAKAF)

 

MAYBANK          557410514185 (WAKAF)

 

BANK RAKYAT    111221000202 (WAKAF)

 

SEMUA BANK DI ATAS NAMA PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG

APA JUA JUMLAH SUMBANGAN YANG TUAN/PUAN BERI IKHLAS KAMI MENERIMA NYA.

MOHON SAHABAT WHATSAPP KEPADA SAYA ATAU WAKIL PPDHPP ‘TRANSFER SLIP’ UNTUK REKOD DAN SIMPANAN KAMI

 

011 - 3275 1257

017 - 489 4946

011 - 6556 8691

04 - 573 1118 (PEJABAT)

JIKA ANDA INGINKAN MAKLUMAT LANJUT, SILA LAYARI WEBSITE KAMI

WWW.YAYASANDARULHADISPP.EDU.MY

 

ATAU BOLEH LIKE FB PAGES RASMI KAMI :

PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG-RASMI

YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH

MAJLIS TA’LIM DARUL HADIS PULAU PINANG

USTAZ HANIF HARON

USTAZ MOHD ASRIL HAFIZ BIN CHE HASHIM


JOM SAHABAT SEKALIAN KITA BERWAQAF UNTUK DIRI SENDIRI DAN JUGA BUAT INSAN TERSAYANG SAMA ADA YANG MASIH HIDUP ATAU MENINGGAL DUNIA WALAUPUN DENGAN HANYA RM10, TETAPI IA AMAT BERMAKNA BAGI KAMI. SEMOGA USAHA YANG MURNI INI DAPAT MEMBERI PAHALA YANG BERTERUSAN WALAUPUN KITA SUDAH TIADA DI DUNIA INI.

MOHON JUGA KEPADA SAHABAT SEMUA UNTUK ‘VIRAL’ KAN INFORMASI INI YANG TERKINI KEPADA SEMUA
‘KENALAN KALIAN DALAM CONTACT’UNTUK SAMA-SAMA MEMBANTU KAMI,SEMOGA ALLAH S.W.T MEMPERMUDAHKAN URUSAN SAHABAT SEMUA…AMIN.

YANG MENJALANKAN AMANAH

USTAZ HANIF HARON

MUDIR AM PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG

 

PPDHPP

MISI DANA PEMBANGUNAN

RM10SEORANG

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH015_1565840816jpeg

MESYUARAT PENGURUSAN KEEWANGAN

MESYUARAT SEMAKAN DAN PENGURUSAN KEEWANGAN PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG..

IA SELARAS DENGAN VISI KAMI
“MENJADI PUSAT PENGAJIAN ISLAM YANG TERUNGGUL SEIRING DENGAN PERKEMBANGAN SEMASA”

MELAHIRKAN ULAMAK PEWARIS NABI

#RM10SEORANG
#MISIRM500KDANAPEMBANGUNAN

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH015_1565792741jpeg

JAWATAN KOSOSNG

KEKOSONGAN PERJAWATAN DI PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG.

DIJEMPUT BAGI MEREKA YANG BERKELAYAKAN UNTUK MEMOHON.

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH015_1565792626jpeg

PELAJAR YANG KE-8

ALHAMDULILLAH

PADA 9 OGOS 2019 HARI JUMAAT YANG BERKAT, BERSAMAAN DENGAN 8 ZULHIJJAH 1440 HIJRAH, SEORANG LAGI AL-HAFIZ MUDA YANG KE-8, TELAH BERJAYA DILAHIRKAN OLEH PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG.

TERIMA KASIH BUAT PARA GURU YANG BERTUNGKUS-LUMUS DALAM MEMUPUK, MENGASUH DAN MENDIDIK GENERASI MUDA MASA KINI KE ARAH GENERASI AL-QURAN DAN JUGA AS-SUNNAH.

TAHNIAH SEKALI LAGI DARI KAMI WARGA PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG KEPADA ADIK MUHAMMAD AHNAF DAN SELURUH KELUARGA. SEMOGA MENJADI CONTOH DAN TELADAN YANG BAIK KEPADA SELURUH GENERASI MUDA-MUDI DI LUAR SANA.

SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KEPADA AKAUN SEPERTI BERIKUT :

1. BANK ISLAM 07043011037033 (ZAKAT)
07043011039603 (WAKAF)
2. CIMB ISLAMIC 8602203376
3. MAYBANK 557410514185
4. BANK RAKYAT 111221000202

SEMUA AKAUN ATAS NAMA :
"PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG"

MOHON DIHEBAH DAN DISEBARKAN.

#RM10SEORANG
#MISIDANAPEMBANGUNANPPDHPP
#RM500K
#PPDHPP
#MELAHIRKANULAMAPEWARISNABI

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH015_1564889521jpeg

INVESTMENT AKHIRAT

KAMI INGIN MENYERU KEPADA SEMUA UMAT ISLAM UNTUK BERSAMA SAMA MEMBANTU KAMI

MEREALISASIKAN UNTUK TERUS MELAHIRKAN “ULAMAK PEWARIS NABI”

WALAUPUN DENGAN HANYA RM10SEORANG IA AMAT BERMAKNA BAGI KAMI

PPDHPP

RM10SEORANG

 

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH015_1564361644jpeg

TAHNIAH

ALHAMDULILLAH~

PADA HARI YANG BERKAT INI SEORANG HUFFAZ MUDA YANG BERUMUR 13 TAHUN TELAH BERJAYA DILAHIRKAN OLEH

PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG. 

INI MERUPAKAN PELAJAR YANG KE-6 TELAH BERJAYA MENAMATKAN 30 JUZUK AL-QURAN DI PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG

TERIMA KASIH BUAT PARA GURU YANG BERTUNGKUS-LUMUS DALAM MEMUPUK, MENGASUH DAN MENDIDIK GENERASI MUDA MASA KINI KE ARAH GENERASI AL-QURAN DAN JUGA AS-SUNNAH.

TAHNIAH SEKALI LAGI DARI KAMI WARGA PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG 

#PPDHPP
#MELAHIRKANULAMAPEWARISNABI

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH001_1563755904jpeg

KATA-KATA DATO’ TUAN GURU HAJI SALEH BIN HAJI AHMAD

PETIKAN KATA-KATA TUAN GURU DATO' HJ. SALLEH حفظهالله

 "DARUL HADIS INI MERUPAKAN SATU GERAKAN JEMAAH YANG HENDAK MEMULIHKAN SEMULA PENGAJIAN SECARA TURATH DALAM ILMU SECARA BERKITAB.. MAKA PIHAK DARUL HADIS PUN MEMIKIRKAN TENTANG BETAPA PERLUNYA MENGHIDUPKAN KEMBALI PENGAJIAN TURATH YANG MANA PENGAJIAN TURATH INI HAMPIR PUPUS DI DALAM MASYARAKAT DI NEGARA KITA.. SEKARANG INI PUN, RAMAI ASATIZAH YANG TAK BERANI NAK BACA KITAB-KITAB TUA, MASING-MASING PAKAT MENOLAK ANTARA SATU SAMA LAIN..

 JADI APABILA SAYA DITAWARKAN UNTUK BERKHIDMAT AGAR MENGAJAR DI DARUL HADIS PULAU PINANG, MAKA SAYA TIDAK FIKIR PANJANG KERANA SISTEM PENGAJIAN TURATH INI SUDAH BANYAK BERJASA KEPADA DIRI SAYA SENDIRI DAN BERJASA KEPADA RAMAI LAGI YANG BERTARAF UMUR MACAM SAYA.. KERANA KAMI PERNAH BELAJAR SISTEM PONDOK & KAMI MERASAKAN BAHAWA SISTEM PONDOK ADA KESANNYA & ADA SEJARAHNYA YANG TERSENDIRI YANG TELAH BANYAK MELAHIRKAN PARA ULAMA' TURATH.. MAKA APABILA SAYA DITAWARKAN UNTUK BERKHIDMAT SECARA SAMBILAN DISINI, SAYA TERUS TERIMA TANPA BANYAK KERENAH (TUAN GURU BERKATA DALAM KEADAAN SEBAK)..

DARUL HADIS PULAU PINANG MERUPAKAN SATU SISTEM PENGAJIAN TURATH YANG DIASASKAN OLEH MU'ASIS DISINI, MUDAH-MUDAHAN ALLAH سبحانهوتعالىMEMBERI BALASAN BAIK YANG SETIMPAL KEPADA MEREKA YANG TELAH BERTUNGKUS LUMUS DALAM MEMBANGUNKAN DARUL HADIS PULAU PINANG INI.. AMATLAH BERTUAH BAGI MEREKA YANG MENGANJURKAN PROGRAM² DI DARUL HADIS INI YANG BERMATLAMAT UTAMA UNTUK MENGHIDUPKAN KEMBALI PENGAJIAN KITAB-KITAB TURATH YANG AMAT PENTING UNTUK DIHIDUPKAN KEMBALI KHUSUSNYA DI NEGERI PULAU PINANG INI KERANA PENGAJIAN SEPERTI INI SEMAKIN PUPUS DALAM MASYARAKAT.. RAMAI DIANTARA KITA YANG INGIN MELIHAT SAAT KEMBALINYA ZAMAN KEGEMILANGAN PENGAJIAN KITAB-KITAB TURATH MAKA AMATLAH WAJAR UNTUK DIHIDUPKAN SEMULA..

ZAMAN DULU, SISTEM PENGAJIAN PONDOK SANGAT SEGAR DI KAWASAN YANG BERDEKATAN DENGAN KITA IAITU POKOK SENA.. TETAPI DI POKOK SENA SEKARANG, PENGAJIAN PONDOK SUDAH MATI, TUAN-TUAN GURU DI POKOK SENA PUN RAMAI YANG SUDAH MENINGGAL, ANAK-ANAK MURID MEREKA PUN RAMAI YANG SUDAH MENINGGAL, YANG ADA SEKARANG PUN HANYA ADA SAKI BAKI SAHAJA.. JADI POKOK SENA SEBENARNYA MERUPAKAN AKAR UMBI BAGI PENGAJIAN PONDOK DI KAWASAN INI.. SEJARAH PENGAJIAN PONDOK DI KAWASAN INI DAHULU YANG SAYA INGAT, KECIK-KECIK DAHULU SAYA PERNAH MENGAJI PONDOK DI PERMATANG SUNGAI DUA, SAYA ORANG PERMATANG SUNGAI DUA, KEBETULAN DI KAWASAN ITU ADANYA PONDOK-PONDOK.. DAN DISITU JUGA ADA BANYAK LAGI PONDOK SEPERTI PONDOK POKOK SENA, NAIK ATAS LAGI ADA PONDOK SYEIKH ABDULLAH FAHIM, DAN NAIK ATAS LAGI ADA PONDOK PERMATANG JANGGUS, PENAGA.. KEMUDIAN PUSING BALIK NAIK ATAS ADA PONDOK DI PENANTI.. PONDOK PENANTI NI DIASASKAN OLEH ORANG KELANTAN, KEMUDIAN BAWAH SIKIT DI BUKIT MERTAJAM ADA JUGAK PONDOK TAPI SAYA DAH LUPA NAMA PONDOK TUU.. DEKAT BUKIT MERTAJAM JUGA ADA PONDOK, NAMANYA PONDOK MASRIYYAH.. PENGASAS MASRIYYAH TUU ADALAH ORANG NEGERI SEMBILAN, DIA MAI DARI NEGERI SEMBILAN KEMUDIAN BUKAK PONDOK MASRIYYAH DI BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG.. MASRIYYAH TUU ASALNYA ADALAH ORANG YANG MENGAJI DI AL-AZHAR, MESIR.. KEMUDIAN NAIK ATAS LAGI, ADA PONDOK TUAN GURU HJ. AWANG PADANG LALANG, SAMPAI KAT PADANG LALANG, ITULAH PENGHABISNYA.. KEMUDIAN SAMPAILAH KAT PONDOK SAYA SEKARANG INI DI SUNGAI BAKAP.. PONDOK SAYA DI SUNGAI BAKAP ADALAH PONDOK YANG TERAKHIR DI SEBELAH SEBERANG PERAI SELATAN INI.. ALHAMDULILLAH 'ALA KULLI HAL.. DULUNYA PONDOK-PONDOK SANGAT BANYAK DI NEGERI PULAU PINANG TAPI SEKARANG SUDAH MAKIN PUPUS, YANG TINGGAL SEKARANG NI PUN HANYA SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA SAHAJA..

JADI OLEH KERANA SISTEM PENGAJIAN TURATH MAKIN LAMA MAKIN PUPUS, KEMUDIAN APABILA ADA SAHABAT-SAHABAT KITA YANG BERTUNGKUS LUMUS UNTUK MENGHIDUPKANNYA KEMBALI, MAKA SAYA MEMBERIKAN SOKONGAN & DORONGAN YANG KUAT KEPADA DARUL HADIS PULAU PINANG.. SAYA BERSIAP SEDIA & SAYA TAKKAN BERLENGAH-LENGAH LAGI UNTUK MENGHADIRI SEBARANG PROGRAM PENGAJIAN, PERBINCANGAN & MUZAKARAH ATAU SEMINAR UNTUK MENGHIDUPKAN KEMBALI SISTEM PENGAJIAN TURATH DI SEBELAH SEBERANG PERAI INI, INSYAALLAH.. INILAH SATU JIHAD ILMU, MAKA SAYUGIANYA KITA MEMBERIKAN SOKONGAN KUAT KEPADA MUJAHID-MUJAHID KITA YANG BEKERJA KERAS UNTUK MENGHIDUPKAN KEMBALI BUDAYA PENGAJIAN KITAB-KITAB TURATH DI NEGERI PULAU PINANG.."

 

(MAFHUM DARIPADA KALAM TUAN GURU DATO' HJ. SALLEH BIN HJ. AHMAD حفظهاللهتعالىKETIKA BERLANGSUNGNYA IJTIMA' BULANAN ASATIZAH DI PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG)

 

KREDIT BY AL-FAQIR ILALLAH, ABU FADHIL RIDHAUDDIN®

LAGI

Page 8 of 9