https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH015_1581428035jpeg

PERKEMBANGAN TERKINI

PERKEMBANGAN TERKINI : PROJEK NAIK TARAF BANGUNAN “RAUDHAH” PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG.

ISNIN 10 FEB 2020, MAKLUMAN KEPADA SELURUH PARA PENYUMBANG.

DANA WAKAF YANG TERKUMPUL SETAKAT INI ADALAH SEBANYAK RM27 RIBU.

KOS KESELURUHAN PROJEK ADALAH SEBANYAK RM36 RIBU.

BAKI DANA YANG MASIH DIRPERLUKAN ADALAH SEBANYAK RM 9 RIBU SAHAJA LAGI!!

JOM SAMA-SAMA BERWAKAF UNTUK DANA INI RM20 SAHAJA SEKAKI.

1. BANK ISLAM 07043011039603 (WAKAF)
2. CIMB ISLAMIC 8602203376
3. MAYBANK 557410514185

SEMUA AKAUN ATAS NAMA :
"PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG"

TERIMA KASIH KEPADA PARA PENYUMBANG DAN TOLONG SEBAR-SEBARKAN KEPADA SEMUA INSYAALLAH.

#RM20SEORANG
#RM36K
#MISIDANAPEMBANGUNANPPDHPP

KLIK DISINI

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH015_1577200537jpeg

PELAJAR PERTAMA BERJAYA MENJALANI UJIAN SYAHADAH

PELAJAR SULONG PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG MENJALANI UJIAN SYAHADAH AL-QURAN

SELASA, 24 DISEMBER 2019, ADIK MOHAMAD AMIN 16, MERUPAKAN PELAJAR YANG PERTAMA SEJAK BERMULANYA SESI PENGAMBILAN PELAJAR PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG SEJAK 2014. BELIAU TELAH BERJAYA MENAMATKAN UJIAN SYAHADAH AL-QURAN SELAMA DUA HARI BERTURUT-TURUT 30 JUZUK AL-QURAN (SEHARI 15 JUZUK).

UJIAN SYAHADAH INI BUKANLAH PERKARA MUDAH SEBENARNYA, DAN BUKAN SEMUA PARA HUFFAZ MAMPU UNTUK LALUI UJIAN INI, KERANA UJIAN SYAHADAH INI MEMERLUKAN KEKUATAN HAFALAN YANG MANTAP , MUJAHADAH YANG TINGGI DAN PENGORBANAN YANG SANGAT HEBAT OLEH PELAJAR UNTUK MENGULANG AL-QURAN SEBANYAK YANG MUNGKIN SEHINGGA BETUL-BETUL LANCAR SEBELUM MEMBACANYA SECARA LANGSUNG DIHADAPAN PEMERIKSA DARI AWAL HINGGA AKHIR DALAM TEMPOH SEHARI ATAU MINIMA 3 HARI (SEHARI 10 JUZUK) DENGAN KESALAHAN YANG PALING MINIMA. ALHAMDULILLAH BELIAU TELAH BERJAYA MELEPASI UJIAN INI SELAMA DUA HARI DENGAN BEGITU CEMERLANG SEKALI.

UJIAN SELAMA DUA HARI INI TELAH DISEMAK DAN DIAKUI OLEH PEMERIKSA LUAR YANG BERPENGALAMAN DALAM UJIAN SYAHADAH AL-QURAN INI, IAITU USTAZ MUHAMMAD ZUHDI AZMI .

SAYA MEWAKILI PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG MENGUCAPKAN SEKALUNG TAHNIAH KEPADA ADIK MUHAMMAD AMIN ATAS KEJAAYAN YANG TINGGI NILAINYA INI, JUGA KEPADA KEDUA IBU BAPA YANG SENTIASA MEMBERI SEMANGAT SERTA GURU-GURU KHUSUSNYA MUDIR TAHFIZ MERANGKAP GURU HALAQAH محمد فرحان يوسف YANG MEMBERI TUNJUK AJAR DAN PANDUAN SEHINGGA BERJAYA SAMPAI KE TAHAP INI.

SEMOGA DENGAN KEJAYAAN YANG MEMBANGGAKAN INI TERUS MEMBERI SEMANGAT UNTUK TERUS BERJAYA DALAM BIDANG AL-QURAN DAN JUGA DALAM ILMU YANG LAIN SERTA MENJADI SUMBER INSPIRASI KEPADA PELAJAR YANG LAIN SERTA SELURUH ANAK-ANAK MUDA YANG BERADA DILUAR SANA INSYAALLAH.

“MELAHIRKAN ULAMAK PEWARIS NABI”

USTAZ HANIF HARON
MUDIR AM,
PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG.

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1570000000.jpg

SUMBANGAN UNTUK PROGRAM BACK TO SCHOOL

YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH AKAN MENGADAKAN PROGRAM BACK TO SCHOOL 1.0 SEBAGAI SALAH SATU PROGRAM KEBAJIKAN KEPADA MASYARAKAT. PROGRAM INI BERTUJUAN UNTUK MERINGANKAN BEBAN KELUARGA PELAJAR YANG KURANG BERKEMAMPUAN DENGAN MEMBERIKAN PERALATAN DAN WANG TUNAI UNTUK MAMBANTU MEREKA MENYEDIAKAN KEPERLUAN SEMPENA SESI PERSEKOLAHAN 2020. SASARAN SUMBANGAN BERNILAI RM250 SEORANG UNTUK 100 ORANG PELAJAR. ORANG RAMAI YANG PRIHATIN DIALU-ALUKAN UNTUK MENYALURKAN SUMBANGAN BAGI MENJAYAKAN PROGRAM YANG JULUNG-JULUNG KALI DIADAKAN INI. SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE AKAUN YANG TERTERA PADA POSTER.

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1569993170.jpg

KULIAH DHUHA KHAS

KULIAH DHUHA KHAS PADA 7 OKTOBER 2019 (ISNIN) AKAN DISAMPAIKAN OLEH AL-FADHIL DR. AHMAD MAJDI BIN YUSOFF, AHLI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH DENGAN MENGGUNAKAN KITAB 50 HADIS PILIHAN. KULIAH AKAN DIADAKAN BERMULA PADA PUKUL 9 PAGI HINGGA 11 PAGI BERTEMPAT DI DEWAN PENGAJIAN TERBUKA RAUDHAH AL FILFILANIYYAH, PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG. KITAB BOLEH DIPEROLEH DI KAUNTER JUALAN YANG AKAN DIBUKA PADA HARI KEJADIAN. MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR.

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1569990844.jpg

KULIAH DHUHA MINGGUAN

KULIAH DHUHA MINGGUAN PADA 5 OKTOBER 2019 (SABTU) AKAN DISAMPAIKAN OLEH AL-FADHIL DR. AHMAD MAJDI BIN YUSOFF, AHLI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH DENGAN MENGGUNAKAN KITAB 50 HADIS PILIHAN. KULIAH AKAN DIADAKAN BERMULA PADA PUKUL 9 PAGI HINGGA 11 PAGI BERTEMPAT DI DEWAN PENGAJIAN TERBUKA RAUDHAH AL FILFILANIYYAH, PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG. KITAB BOLEH DIPEROLEH DI KAUNTER JUALAN YANG AKAN DIBUKA PADA HARI KEJADIAN.

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH001_1568709978jpeg

JOM LIKE DAN SUBSCRIBE

KINI PARA MUHIBBIN DAN PENGIKUT SETIA PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS BOLEH MENGAMBIL INFO-INFO TERKINI MELALUI SALURAN TERBAHARU IAITU DI YOUTUBE. INI ADALAH SEBAGAI USAHA DAKWAH JABATAN MAJLIS TA’LIM DARUL HADIS PULAU PINANG UNTUK MENYEBARKAN KERATAN VIDEO PENDEK DARI RAKAMAN-RAKAMAN PENGAJIAN YANG TELAH DIADAKAN DI DARUL HADIS INI DARI PARA GURU-GURU YANG BERBEZA-BEZA.

KAMI MENGHARAPKAN SOKONGAN DARIPADA ANDA SEMUA UNTUK MENYEBARKAN KEBAIKAN INI.

JOM LIKE DAN SUBSCRIBE CHANNEL YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH 

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH015_1568708502jpeg

SUMBANGAN KITAB

PROJEK SUMBANGAN KITAB INI ADALAH BERTUJUAN UNTUK MEMBANTU MERINGANKAN PERBELANJAAN PARA PELAJAR AGAMA KHUSUSNYA UNTUK PEMBELIAN KITAB YANG DIPELAJARI DI PONDOK ATAUPUN MAAHAD TAHFIZ.

UNTUK PENGETAHUAN SEMUA, SUMBANGAN KITAB INI BUKAN HANYA DISERAHKAN KEPADA PELAJAR DARUL HADIS PULAU PINANG SAHAJA TETAPI DISERAHKAN JUGA KEPADA SELURUH PUSAT PENGAJIAN YANG LAIN BERDASARKAN PERMINTAAN DAN KELAYAKAN MENERIMA SUMBANGAN KITAB INI.

SUMBANGAN ANDA SEMUA SANGAT DIALU-ALUKAN UNTUK MENJAYAKAN PROJEK INI DAN MANFAATNYA SANGATLAH BESAR KERANA IA TERTUMPU KEPADA PELAJAR YANG BELAJAR SECARA KHUSUS DAN SUDAH PASTI PAHALA YANG BERPANJANGAN UNTUK MEREKA YANG MENYUMBANG KEPADA PROJEK INI.

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH015_1568708157jpeg

PERAKUAN PENDAFTARAN KOPERASI

ALHAMDULILLAH SYUKUR KEPADA ALLAH S.W.T KERANA KAMI SECARA SAH SUDAH BERDAFTAR SEBAGAI KOPERASI. DENGAN PENDAFTARAN INI BERTUJUAN UNTUK MERANCAKKAN LAGI AKTIVITI MENJANA EKONOMI UNTUK MEMBANGUNKAN PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG. DISAMPING ITU MEMBERI PELUANG UNTUK MEMBANTU EKONOMI UMAT ISLAM KHUSUSNYA DI NEGERI PULAU PINANG INI DAN UMUMNYA DI MALAYSIA.

OLEH ITU KAMI MENGHARAPKAN DOA DARIPADA SELURUH MASYARAKAT SUPAYA PERANCANGAN INI BERJAYA DAN SETERUSNYA DAPAT MEMBANGUNKAN DARUL HADIS DENGAN LEBIH CEMERLANG LAGI.

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_PPDHPP(N)10029/SEP20_1607743082.jpg

WAKAF INTERLOCKING

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH015_1568707676jpeg

SUMBANGAN

JOM LAKUKAN INVESTMENT UNTUK SAHAM AKHIRAT DENGAN HANYA SERENDAH RM10

LAGI

Page 7 of 9