https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1675738582.jpg

LATIHAN KEBAKARAN BERSAMA BOMBA

31 JANUARI 2023: BAGI MENINGKATKAN TAHAP KESIAPSIAGAAN DAN PENGETAHUAN MENGENAI SITUASI KECEMASAN KETIKA BERLAKUNYA KEBAKARAN, PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP) DENGAN KERJASAMA BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT TASEK GELUGOR TELAH MENGADAKAN LATIHAN ASAS TEORI DAN PRAKTIKAL KEBAKARAN. PROGRAM YANG DIADAKAN DI PERKARANGAN DEWAN TUAN GURU DATO SERI HJ HASSAN HJ AHMAD INI MELIBATKAN SEMUA PELAJAR DAN WARGA KERJA PPDHPP. ANTARA PENGISIAN YANG DIADAKAN SEPANJANG PROGRAM IALAH LATIHAN EVAKUASI, TAKLIMAT KESELAMATAN KEBAKARAN, DEMONSTRASI PEMADAMAN API DAN PAMERAN JENTERA BOMBA. PROGRAM YANG DIADAKAN SECARA TAHUNAN INI DIHARAPKAN DAPAT MEMBERI PENDEDAHAN KEPADA PARA PELAJAR DAN WARGA KERJA PPDHPP MENGENAI PELAN KECEMASAN SEMASA BERLAKUNYAN KEBAKARAN.

LATIHAN KEBAKARAN BERSAMA BOMBA

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1675737402.jpg

KUNJUNGAN DARI MAAHAD MADINATUL ILMI WATTARBIYAH

30 JANUARI 2023: PADA HARI INI PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP) MENERIMA KUNJUNGAN DARIPADA PENGURUSAN MAAHAD MADINATUL ILMI WATTARBIYAH (MADANIYYAH) DIKETUAI MUDIRNYA USTAZ HASHIM BIN WASOH @ MOHAMAD ISA. KUNJUNGAN INI BERTUJUAN UNTUK BERKONGSI MAKLUMAT MENGENAI SISTEM PENGAJIAN DAN HALA TUJU PELAJAR SETELAH MENAMATKAN PENGAJIAN. SEMOGA KUNJUNGAN INI DAPAT MENGERATKAN HUBUNGAN KEDUA-DUA PIHAK.

KUNJUNGAN MADANIYYAH

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1675657404.jpg

JEJAK ASNAF BULAN JANUARI 2023

30 JANUARI 2023: YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH (YDHAF) MENYANTUNI MASYARAKAT SEKITAR TAMAN DESA MURNI, KUBANG MENERONG DAN POKOK MACHANG, TASEK GELUGOR DALAM PROGRAM JEJAK ASNAF BAGI BULAN JANUARI 2023. SUMBANGAN BARANG KEPERLUAN HARIAN DAN WANG TUNAI TELAH DISAMPAIKAN SENDIRI OLEH USTAZ MOHAMAD HANIF BIN HARON, PENGERUSI YDHAF. TERIMA KASIH KEPADA PARA PENYUMBANG YANG SENTIASA MEMBERI KEPERCAYAAN KEPADA PIHAK KAMI DALAM MENJAGA KEBAJIKAN ASNAF.

TAMAN DESA MURNI, SUNGAI DUA

KUBANG MENERONG, TASEK GELUGOR

POKOK MACHANG, TASEK GELUGOR 1

POKOK MACHANG, TASEK GELUGOR 2

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1675656481.jpg

SUMBANGAN BANTUAN BANJIR PANTAI TIMUR

26 JANUARI 2023: PADA HARI INI SUMBANGAN YANG TELAH DIKUMPULKAN OLEH PIHAK YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH TELAH DISEMPURNAKAN PENYERAHANNYA KEPADA MANGSA BANJIR DI KAWASAN PASIR MAS. SUMBANGAN DISAMPAIKAN MELALUI PIHAK PUSAT KHIDMAT AHLI PARLIMEN PASIR MAS. SEMOGA SUMBANGAN INI DAPAT MERINGANKAN SEDIKIT BEBAN YANG DITANGGUNG MANGSA-MANGSA BANJIR. TERIMA KASIH KEPADA PENYUMBANG-PENYUMBANG YANG TELAH MENYUMBANG KEPADA MISI BANTUAN INI.

BANTUAN BANJIR PANTAI TIMUR 1

BANTUAN BANJIR PANTAI TIMUR 2

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1674178924.jpg

TAJAAN KOMPUTER KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA

18 JANUARI 2023: PADA HARI INI YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH (YDHAF) TELAH MENYAMPAIKAN 25 UNIT KOMPUTER KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA SEKITAR DAERAH SEBERANG PERAI UTARA DAN SEBERANG PERAI TENGAH. MAJLIS PENYAMPAIAN DIADAKAN DI DEWAN TUAN GURU DATO' SERI HAJI HASSAN HAJI AHMAD, PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG SELEPAS KULIAH DHUHA. SUMBANGAN INI BERTUJUAN MEMBANTU MENINGKATKAN LAGI PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK DI SEKOLAH ATAU INSTITUSI AGAMA KHUSUSNYA DALAM BIDANG TEKNOLOGI. SUMBANGAN DISEMPAIKAN OLEH USTAZ MOHAMAD HANIF BIN HARON, PENGERUSI YDHAF.

TAJAAN KOMPUTER KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1674174456.jpg

MENERIMA KUNJUNGAN KETUA PENOLONG PENGARAH BAHAGIAN PENDIDIKAN JHEAIPP

18 JANUARI 2023: PADA HARI INI PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP) TELAH MENERIMA KUNJUNGAN OLEH USTAZ MOHD ARIF BIN ABDUL SAMAT, KETUA PENOLONG PENGARAH BAHAGIAN PENDIDIKAN JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG (JHEAIPP). KUNJUNGAN INI SEMPENA LAWATAN KERJA KETUA PENOLONG PENGARAH BAHAGIAN PENDIDIKAN JHEAIPP KE SEKITAR DAERAH SEBERANG PERAI UTARA (KEPALA BATAS). KUNJUNGAN DIMULAKAN DENGAN TAKLIMAT RINGKAS MENGENAI PPDHPP OLEH MUDIR AM, USTAZ MOHAMAD HANIF BIN HARON DAN SESI PERBINCANGAN DAN PERTUKARAN PENDAPAT SEBELUM ROMBONGAN DIBAWA MELAWAT KE TEMPAT SEKITAR PPDHPP. TURUT BERSAMA BELIAU BEBERAPA PEGAWAI DARI JHEAIPP DAN PEJABAT AGAMA DAERAH KEPALA BATAS. SEMOGA KUNJUNGAN INI DAPAT MENGERATKAN HUBUNGAN ANTARA PPDHPP DAN BAHAGIAN PENDIDIKAN JHEAIPP DALAM MENEROKA RUANG UNTUK KERJASAMA ANTARA KEDUA-DUA PIHAK.

KUNJUNGAN KETUA PENOLONG PENGARAH BAHAGIAN PENDIDIKAN JHEAIPP

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1673685410.jpg

SAMBUTAN PELAJAR BAHARU SESI 2023

8 JANUARI 2023: PADA HARI INI 14 ORANG PELAJAR BAHARU PENGAJIAN TAHFIZ SEPENUH MASA TELAH SELAMAT MENDAFTAR DI PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP). KESEMUA PELAJAR BAHARU INI TERPILIH UNTUK MENJADI PELAJAR DI PPDHPP SETELAH MELALUI PROSES PERMOHONAN DAN TEMUDUGA YANG TELAH DIADAKAN PADA BULAN NOVEMBER YANG LALU. SELAMAT DATANG KE PPDHPP DAN SELAMAT MENEMPUHI PENGAJIAN DI SINI AGAR KELAK MENJADI ILMUAN YANG BERGUNA KEPADA MASYARAKAT.

SAMBUTAN PELAJAR BAHARU 2023

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1671162169.jpg

KEM ANAK SOLEH 2022

13 DISEMBER 2022: PADA 11 HINGGA 13 DISEMBER 2022, PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP) DENGAN KERJASAMA PERTUBUHAN HAL EHWAL PENDIDIKAN ISLAM PULAU PINANG (HEPI) TELAH MENGADAKAN KEM ANAK SOLEH 2022 BERTEMPAT DI PPDHPP. SERAMAI 116 ORANG PESERTA TERDIRI DARIPADA PELAJAR LUAR YANG BERUMUR 7 HINGGA 13 TAHUN TELAH MENYERTAI PROGRAM INI. ANTARA PENGISIAN DALAM KEM ANAK SOLEH 2022 IALAH KLINIK SOLAT, KLINIK AL-FATIHAH, CERAMAH, HAFALAN BAHASA ARAB, KHIDMAT MASYARAKAT DI MASJID, BATTLESHIP, TREASURE HUNT DAN RIADHAH.

KEM ANAK SOLEH 1

KEM ANAK SOLEH 2

KEM ANAK SOLEH 3

KEM ANAK SOLEH 4

KEM ANAK SOLEH 5

KEM ANAK SOLEH 6

KEM ANAK SOLEH 7

KEM ANAK SOLEH 8

KEM ANAK SOLEH 9

KEM ANAK SOLEH 10

KEM ANAK SOLEH 11

VIDEO RANGKUMAN

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1671158548.jpg

BICARA ILMU DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERATUL MAARIFIL WATANIAH 1

6 DISEMBER 2022: PROGRAM BICARA ILMU DITERUSKAN DENGAN SEKOLAH KEDUA IAITU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERATUL MAARIFIL WATANIAH 1 (SMADMW1), KEPALA BATAS. SERAMAI 153 ORANG PELAJAR SMADMW1 MENYERTAI PROGRAM INI YANG MEMBICARAKAN MENGENAI ISI KITAB 50 HADIS PILIHAN AMALAN HARIAN KELUARAN YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH (YDHAF). PADA PROGRAM INI, MUDIR AM PPDHPP, USTAZ MOHAMAD HANIF BIN HARON MENYAMPAIKAN KULIAH KEPADA PARA PELAJAR.

BICARA ILMU SMADMW1

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1671158119.jpg

RIADHAH FUTSAL BERSAMA PELAJAR DAN WARGA KERJA

6 DISEMBER 2022: PADA HARI INI TELAH DIADAKAN RIADHAH FUTSAL BERSAMA PARA PELAJAR DAN WARGA KERJA PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG. RIADHAH DIADAKAN DI GELANGGANG FUTSAL PAKSY, LUBUK MERIAM, TASEK GELUGOR.

RIADHAH FUTSAL

LAGI

Page 1 of 14